Thursday 4 August 2011

CERITA FINANCE SEM 5

Assalamuallaikum pembuka bicara
Kisah ini baru bermula
Kalau terkena jangan terasa
Sekadar untuk hilangkan stress sahaja

Fakulti pengurusan perniagaan & perakaunan sudah nyata,
Pakaian koprat lambang utama,
Jurusan Kewangan punya cerita
Di unisza paling hot dengan gosipnya

Memang bising x terkata
Bila geng finance bertemu semua
13 putera 25 puteri sahaja
Semua yang ada cute2 belaka

Berbadan kecil segak bergaya
Paling bijak di kelas kiter
Yang ni memang korang boleh teka
Ahmad Roslan dikenali semua

Gaya model bagi kat dia,
Pinggang ramping bagai kerengga,
Ramai lelaki tergila-gila
Siti Nadiah  namanya ia

Berlagak giler si fitri
Bawa kereta ke sana ke mari
Arif Iskandar pun tumpang sekali
Kononnya malas berjalan kaki

Cantik molek 3 puteri
Kalau ke mana sentiasa bersama
Alya, Muliati Dan Hasliza nama diberi
Perasan sokmo prinsip utama

Ila, Ema Dan Hani mmang juara
Ratu mekap dikalangan kita
Lewat ke kelas usah dikata
Ingin bergaya punya angkara

Seterusya ku sambung cerita
Geng baru tertubuhnya ia,
Ada 4 orang semuanya
Sha, Ayu, Reha dan Ika diberi nama

Ida dan Suzie bising sentiasa,
Macam anak2 ribena lagaknya,
Rusyda & Syida pening kepala
Tapi mereka ratu gelak sedunia

Ini pula satu keluarga,
Sentiasa bersama suka dan duka,
Esyira,Muni, Ina dan Shu kepoh gila,
Mengata orang itu lah kerjanya

Afiq Melaka segak bergaya,
Afiq johari memandang sinis sahaja,
Musalmina senyum sampai ke telinga
Tapi sayang mereka sudah berpunya

Di dalam kelas tak perasan ada,
Tiga jejaka menyepi sentiasa,
Kamarul, Hafiz & Rusydan inilah ia,
Jejaka pemalu gelaran diterima.

Kor-suksis unisza memang hebat
Sentiasa berlatih tak kira masa
Sam,Fedli Dan Ikmal sedia berkhidmat
Demi untuk unisza tercinta

Naa, Faezah & Syira nama diberi
Puteri hot pada masa kini
Diorang ni menyakitkan hati
Kerana senyum menampakkan gigi

Business ade di mana-mana,
Yang penting ilmu didada,
Tauke lembu memang la dia
Tak lain tak bukan Reza la orangnya

Ani,Huda dan Wani sepakat bersama,
Gelaran adik-beradik tentulah mereka,
Pergi berjalan bersama-sama
Contact lens di mata selalu ada.

Cukup sudah kita berseloka,
Kalau ada terasa maaf ku pinta
Tidak berniat menyakiti hati kalian semua
Sekadar untuk bergurau senda

Langit terang dengan cahaya bulan
Ape lagi di bulan ramadhan ini
Selamat berpuasa aku ucapkan
Moga ibadat puasa diberkati ilahi

0 comments:

Post a Comment

 

FROM MYHEART. Design By: SkinCorner